"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Followers

Friday, July 1, 2011

Keinginanmu di alam fantasi..apakah!!!



Entry kali ni aku nak berkisarkan tentang keinginan seseorang yg bergelar manusia. Dalam penggunaan kata yang berbeza, keinginan membawa  sama maksud dengan kehendak yakni bukan satu keperluan.  Keperluan dan kehendak adalah dua benda yang berbeza.. keperluan adalah sesuatu perkara basic yang memeng diperlukan untuk hidup, contohnya makanan, minuman, pakaian(tutup aurat) dan sebagainya. Kalau kehendak ni pulak penambahan kepada keperluan tuh. For example, makanan yang mahal, minuman yang sedap, pakainan yang berwarna-wrni@attractive dan yang sewaktu dengannya..

Ada orang yang meletakkan keinginan dan harapan itu terlalu tinggi sehingga sukar untuk dicapai.. ada juga yang sengaja merendahkan keinginan dan harapan mereka kerana dengan itu mereka mudah untuk mencapainya. Personally aku rasa tindakan merehdahkan tuh  relevant sebab mungkin pada zahirnya ada yang beranggapan golongan ini adalah mereka yang malas untuk berusaha padahal  dengan merendahkan keinginan kita akan membuatkan kita berasa mudah untuk bersyukur.  Selalunya pabila seseorang itu meninggikan keinginan dan harapan mereka adalah mereka yang jenis tidak sedar diri dengan kemampuan mereka. Golongan yang tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberikan oleh ALLah sehingga berasakan mereka berhak untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Wallahu’alam..

Sebenarnya tanpa kita sedari banyak dalam kalangan kita yang tertewas dengan kehendak yang mengusai jiwa. Ramai yang sanggup melakukan macam-macam hal just untuk merasakan nikmat sementara kehendak tuh.  Adakah nikmat sementara itu wajar dikorbankan dengan keperluan yang menjadi tunjang kehidupan??? Haish of course la kan. Termamatlah berbaloi pengorbanan tuh. Banyak benda yang boleh kita buat kalau kita tidak menurut kehendak kita. (berdasarkan pemerhatian sekeliling aku)…yg ni korg kene renungkan n insyaALLah korg akan menemukan kebenarannya.



Ada juga dalam hidupnya keinginan yang diimpikan itu berlandaskan kehendak sendiri dengan mengenepikan apa yang sebenarnya telah dijelaskan dalam kitab suci umat Islam ; Al-Quran. Try bce terjemahan kat bawah ni.
Firman Allah:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]
Hah tengok dalam AL-Quran pon ah ade dijelaskan tentang pasangan kita ni. Tapi majority drpd kita selalu berangan ingin isteri yang baek hati, isteri yang menerima baik buruk kita, pasangan yang alim dll tp sedangkan kita langsung tidak berusaha untuk berubah menjadi apa yang diingini oleh bakal pasangan kita. Lebih pelik ada yang menginginkan bakal pasangannya seperti artis sekian sekian la, cantik(zahir), dan mcam2 lagi la..ade ke patut unsur agamanya langsung tidak diletakkan dalam criteria pemilihan pasangan. Konkusinya angan-angan kekal dialam fantasi la….


1 comment:

  1. tq for open my eyes.. sometimes we need sacrifice to get much better in life.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...