"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Followers

Wednesday, March 20, 2013

Tawakal


Assalamu'alaikum.

        Disebabkan aku dah berazam nak rajinkan diri sikit mengupdate blog ni, so hari ni adalah dua tiga perkara yang aku nak kongsi. Actually this past few weeks  aku banyak bermain dengan emosi. Berdebar, gembira, sumua ada.

        Alhamdulillah percubaan kali kedua aku ambik ielts equivalent test membuahkan hasil yg amat menggembirakan aku. Sebenarnya tempat aku belajar ni mewajibkan kami semua untuk lepas english assessment sebelum layak digelar seorang engineer. Walaupun kerja aku nanti nak membaiki bukannya mengajar, tapi dah peraturan telah ditetapkan so terpaksa la kami semua ikut jugak. Sebenarnya takut jugak aku kalau x lepas, almaklumlah kita ni lidah makan budu dengan sambal belacan, nak speaking pon segan.. hehe.. Tapi walaubagaimanapun siapa yang mampu menduga takdir ketentuan Allah. Alhamdulillah, itu saja yang mampu aku ucapkan..



          Last week aku ade exam Turbine Aeroplane Aerodynamics, Airframes and Structures. Kat sini memang semua orang tahu ni la subject/module yang paling payah. Buktinya senior2 aku pon ramai yang sangkut. Memang tak dinafikanlah memang module ni aku pon berdebar lain macam. Module setebal hampir 3000 muka surat ni mengambil tempoh pembelajaran selama 9 bulan. Cukup lama yang mana aku pon hampir terlupa apa yang aku belajar dulu. Usaha sudah, exam pon sudah so sekarang ni aku hanya mampu tawakal.. semoga aku berjaya dengan markah lulus 75%. Kalau kat sekolah dulu, dah boleh dapat A2 dah.hehe. Dikesempatan ini aku mohon kat korang semoga mendoakan kejayaan aku dan classmate aku yang lain.

        Nampaknya sampai sini jela yg mampu aku update buat kali ni. Sebelum aku mengundur diri, aku nak kongsikan sesuatu untuk kalian.

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata: "Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:

“Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)."     

(Riwayat Ahmad no. 2669, al-Tirmizi no. 2516 dan al-Hakim no. 6302)

Friday, March 8, 2013

Pengajaran dalam Pengalaman


Assalamualaikum.. Pejam celik pejam celik, tahun ni aku sudah setahun lagi meningkat dewasa. Umur yang hanyalah tampak seperti angka biasa sebenarnya banyak membawa pengisian kepada aku.

       Alhamdulillah, tahun ini aku masih diberi kesempatan untuk menikmati nikmat dunia yang pastinya akan senantiasa mencuba untuk membelakangkan nikmat akhirat, tujuan asal hidupnya manusia dimuka bumi ini. Dalam aku mengenal erti kehidupan, tidak aku nafikan aku juga pernah beberapakali tersungkur jatuh dek perihnya dugaan dunia. Mereka mungkin mampu berkata-kata namun sayang itu semua hanyalah omongan kosong.. aku yang merasainya, sudah pasti aku lebih mengerti. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

      Kalah dan mengalah adalah dua perkara yang selalu bermain difikiranku. Cabaran yang pastinya mampu untuk manusia menghadapinya seringkali aku anggap sesuatu yang akan menjatuhkan aku, yang bakal melukakan aku. "Apa guna hidup kalau tiada cabaran bro!!" yes you r right.. those challenges had make me who i am.. i'm might seem to be happy go lucky but deep in my heart, there is something that i wish i could share it with someone but i can't!! until one day i realize that Allah is always here with me, in my heart.. always be with me, to help me and of course to guide me with His guidance and blessing..

     Sedarlah wahai sahabatku, saudaraku, kita mungkin tampak berbeza tapi kita sama sebenarnya. Apa yang membezakan kita adalah keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara. Adakah niat kita kerana untuk bekalan akhirat atau tuntutan hati yang tidak mengenal bahaya. wallahu'alam.


"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...