"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Followers

Saturday, January 29, 2011

28 JANUARI 2011



Assalamualaikum......

Mesti korang akan tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi pada 28 jan 2011. Oklah kalau hendak dipendekkan cerita esok housemate aku yakni bebudak Yayasan Terengganu akan berpindah ke apartment baru termasuklah roommate aku yang baik hati tuh..hehe

Disebabkan dorang nak pindah, so terpaksala diadakan rombakan apartment balik dan bebudak yang malang terpaksa pindah apartment di blog hadapan. Alhamdulillah rumah aku x kene pindah n kami stay kat rumah kami. Huh mujur x pndah, lau kene pindah memg lelah nak kene angkut barang-barang yang byk tuh.huhu

Selain itu, atas sebab yang sama jugak akan diadakan inspection umah bub pihak admin nak pastikan orang yang pindah tuh tinggalkan umah dalam keadaan sebagaimana masa mereka mula-mula masuk dulu. Seawal pukul 8.o0a.m. kami da kene roll call kat bawah before bole start bersihkan umah. X banyak benda yang boleh dikongsikan tentang apartment cleaning kat umah aku ni. [aku ditugaskan basuh bilik air and aku memg x prasan aku mghabiskan hmpir dua jam mase aku kat bilik air menyental segala kekotoran yang ade..hehehe] Korang just tengok je la gambar2 kat bawah ni.


master bed room 


bilik aku..baru lepas mop lantai.


bilik 2 selepas dibersihkan

dapur rumah 


penuh giler barang kat sinki



ngah tgok2 pizza yg nak diorder



Lepas cuci rumah kami satu rumah decide nak wat cam farewell party la. So tengah hari tuh kumpul sorang sepuluh ringgit n campur ngan duit rumah untuk dijadikan modal untuk beli pizza and wat cocktail. Petang tuh, aku ngan housemate aku apis pegi la giant nak beli bahan nak wat cocktail walaupun sebenarnya bahan2 tuh bole beli kat kedai bawah je..huhu.. 

Acara sepatutnya start pukul 8.o0p.m. tapi mamat delivery tut lambat sampai. Memang gelabah la muka mamat tuh masa kami mbik bgkusan pizza kami. Tapi itu bukan perkara yang aku nak cerite. The main point is kami satu rumah memang seronok makan sampai x abis. Huhu.. tu la beli banyak sangat. Korang just tengok je la gambar kat bawah ini saat-saat kami menikmati hidangan tersebut..



baru lepas sampai...



cocktail




yummy yummy




menunggu apis yang x kuar2 dri bilik air




sempat lagi main game !!!




say cheese !!!




sedapnye..



x abis ke ni???hehe



amir makan dengan perasaan..huhu



hot delivery, just call 1-300-88-2525



pesanan penaja : do the right thing ^^







Tuesday, January 25, 2011

~Futsal~


Assalamualaikum…
       Tempat aku blaja sekarang mewajibkan para trainees untuk melakukan aktiviti kokurikulum pada setiap hari sabtu minggu-minggu tertentu[mggu ke2 n ke4]. Nak dijadikan cerita, pada sabtu minggu lepas, yakni pada 22 Januari 2011 aku n da geng diberi peluang untuk menyertai pertandingan futsal bersama batch-batch lain.



       Bertempat di Samba De Futsal, Petaling Jaya, seawal jam 8.30 pagi [awal la sgt..hehe] batch aku da roll call di apartment n bertolak ke lokasi pertandingan. Apa yang penting jarak perjalanan tidaklah sejauh mana and menyebabkan aku tidak kebosanan berada di dalam bas sepanjang perjalanan. Sebenarnya setiap pasukan dikehendaki membayar RM8.00 per team and batch aku telah menghantar dua pasukan yakni pasukan TAME (engineer) and TJT (technician).

         Seperti biasa, aku akan menjadi penonton yang setia disebabkan kurangnya minat aku untuk bersukan [p/s: adik2 jgn ikut perangai budak ni]. Disebabkan ‘allergic’ aku dalam bersukan, bermakna tidak ada la gambar beraksi di gelanggang pertandingan. Tapi apa yang penting aku tetap  menyokong pasukan batch aku.

        Menang dan kalah adat setiap permainan, namun kejuaraan bukanlah apa yang kami kejarkan. [dah kalah memang la ayat macam ni.huhu]. Apa yang penting setiap orang berseronok sepanjang tempoh berada di sana. Disebabkan aku tidak boleh menukilkan pengalaman aku sebagai seorang pemain, apa yang aku mampu lakukan adalah berkongsi detik-detik berharga tersebut dengan gambar-gambar kat bawah ni.. enjoy urself…

izart sedang beraksi


penuh debaran menunggu giliran


bergambar sebagai kenangan


antara instructor yg memeriahkan acara 

antara pemain yang beraksi

menunggu pihak lawan menjaringkan gol

smile ^^


berjuang untuk pasukan

menyibuk seketika


menghilangkan tekanan sebentar

ni action je lebih..hehe

 wat pe tu bob ???

pengurus yang terlebih mengurus... :)

nak jadi model ke nak main futsal ni???kompius koi

penuh semangat!!!

bergambar seketika sebelum balik





Sunday, January 16, 2011

aKu Bukan d!A!!



assalamualaikum..

               Entry aku kali ni aku nak cerita tentang diri aku yang selalu dibanding-bandingkan dengan orang lain. Ala busuk-busuk mesti la parents korang akan bandingkan diri korang dengan adik beradik or maybe dengan sedara-mara kita. Bagi aku susah la nak dengar kalau diri dia tuh tak dibandingkan dengan orang yang lebih hebat.

             Dari kecil sampai besar memang aku selalu dibandingkan dengan satu-satunya abang yang aku ada. Setiap perkara yang dilakukan itu kalau boleh hendak dibandingkan jugak dengan abang aku yang sorang tuh. Kadang-kadang rasa meluat jugak kalau selalu sangat dibandingkan. Hakikat yang harus diterima ialah aku tetap aku dan abang aku tuh adalah abang aku. Disebabkan aku belajar di tempat yang sama dengan abang aku, so ada la sesetengah orang tuh suka sangat nak membandingkan prestasi aku dengan abang aku. ish.. serabut perut betul kalau ramai orang mcam ni.. hehe

              Memang dia sebagai anak lelaki sulong dalam keluarga aku harus memberi contoh yang terbaik tapi ini tidak bermakna aku tidak melakukan yang terbaik untuk keluarga aku. Memang aku tak nafikan abang aku mempunyai IQ yang tinggi. Dia bijak dan pandai dalam melakukan setiap hal. Namun kenyataan yang harus diutarakan ialah tidak bermakna abang aku bijak bermakna aku juga harus bijak seperti dia. Setiap manusia itu dicipta berbeza-beza. Bukankah ALLah sendiri telah menghilightkan ayat ini di dalam kitab suci Al-Quran??

            Tipu jika aku katakan aku tidak cemburu akan kelebihan yang dimiliki olehnya tetapi aku tetap berusaha untuk  menjadi yang terbaik dalam setiap langkah perjalanan hidup aku. Yang penting aku dah berusaha and bertawakal kepada ALLah Yg Esa. Apa yang terjadi seterusnya adalah milik ALLah untuk menentukannya. Namun sebenarnya apa yang membuatkan aku bersemangat untuk belajar bukanlah disebabkan oleh perbandingan yang selalu dikaitkan dengan abang aku tuh.


NIK NORAINI BINTI NIK DAUD. 

             Insan ini begitu banyak membantu dan menyokong aku dalam setiap perkara yang ingin lakukan. Apa yang aku tahu hingga ke sekecil-kecil perkara aku akan meminta pandangan dari kakak aku yang sorang ini. Ialah dia sebagai anak sulong banyak berkorban dalam keluarga kami. Dia adalah contoh yang terbaik untuk diriku. Pengorbanan yang dilakukan itu terlalu besar untuk disampaikan dengan kata-kata. Semoga kakakku ini teguh dan tabah dalam mengharungi kehidupan sehariannya.

              Walaubagaimanapun, satu kenyataan yang setiap anak tidak dapat untuk menidakkannya ialah pengorbanan parents untuk kita semua. Bayangkan mereka menjaga dan membesarkan kita sejak dari kecil sehingga dewasa. Pengorbanan mereka yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata itu adalah benih semangat kecil yang kini hidup subur dalam jiwa aku. Apa yang aku telah tanamkan sejak dari kecil ialah aku nak jadi anak yang soleh kerana itu adalah impian semua ibu bapa. Bayangkan antara amalan yang diterima oleh ALLah selepas mati ialah doa anak yang soleh. Betapa celakanya mereka yang hidup didunia ini tapi tidak mampu untuk berbakti kepada ibu bapanya sendiri bukan sahaja untuk alam dunia bahkan untuk alam kubur dan alam akhirat kelak. Subhanallah !!! Semoga kita tidak termasuk dalam golongann ini.amin......

            Namun yang pastinya hakikat Nabi Muhammad s.a.w. adalah role model yang terbaik tidak akan dapat disangkal oleh setiap manusia pun. NAbi yang diutuskan kepada umat manusia untuk membawa kita kearah kebenaran tidak wajar kita lupakan walaupun sedetik dalam hidup kita.Bayangkan saat ketika menempuh sakitnya sakaratul maut, nabi junjungan ummah ini masih memikirkan akan umatnya sehingga saggup menanggung rasa sakit tersebut untuk kita semua umat baginda. Betapa besarnya pengorbanan baginda kepada kita. Sedangkan kita masih lalai dalam mengingati perjuangan baginda. Apa salahnya jika diniatkan di dalam hati belajar kerana ISLAM. Kita hendak berjaya untuk agama kita juga juga ISlam. Bukankah ini satu amalan yang mulia ??? ~renung-renungkan dan selamat beramal~
wallahu'alam
sekian,. wassalam..

Friday, January 14, 2011

SEKALI TAPI TIDAK BERSAMA


…...Assalamualaikum untuk semua….
Tanpa sedar dah enam bulan kami bersama-sama dalam mengharungi kehidupan seharian as a student di Ara Damansara ini. Namun suatu hari nanti sesuatu bakal terjadi yang membuatkan kami sekali namun tidak bersama. Huh…

Tajuk entry ini menceritakan tentang kawan-kawan aku dari Yayasan Terengganu (YT) yang bakal menjejakkan kaki keluar dari penginapan, pengakutan dan makanan yang telah disediakan. Tidak lama selepas itu trainees dari Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan mengikuti jejak langkah rakan-rakan YT. Huh nak buet camno an, adat la hidup ini setiap pertemuan itu pasti akan disusuri dengan perpisahan. (over pulak ayat aku ni, macam la lepas ni  da x jumpe kat METC.. hehe).

Dimulakan  cerita kami mula berkenalan pada awal bulan Ogos 2010. Perkenalan yang dituai dengan kegembiraan dan kejujuran akhirnya membuahkan ukhuwah yang tidak dapat diganti dan dibeli dengan wang ringgit. Dari hari pertama hingga sekarang boleh dikatakan kami tetap bersama dalam melakukan aktiviti seharian. Sebenarnya aku dalam diam amat bersetuju dengan langkah yang diambil oleh YT dan YPJ. Mereka begitu bersemangat untuk mendapatkan sesuatu yang merupakan hak mereka sendiri. Aku tidak salahkan Felda kerana tidak mampu mengambil keputusan seterusnya mengimplimentasikan langkah yang praktis buat masa sekarang namun aku tetap berdoa suatu hari nanti nasib kami trainees under Felda akan terbela.

“adik tolong terangkan apa yang abang terangkan tadi kepada roommate adik ni ek??”
“Baiklah bang”

Inilah dialog pertama yang menemukan aku dengan roommate satu dalam seribu yang bernama Muhammad Shukri bin Mohd Nor. Buat pengetahuan pembaca sekalian, bilik dimana aku tinggal sekarang hanya mampu memuatkan hanya dua orang trainees. Walaupun bilik agak kecil tapi at least tidak la crowded sangat dengan manusia. Kembali ke asal cerita, selepas aku menerangkan apa yang patut dilakukan kepada shukri, kami pergi berkenalan dengan housemate kami yang lain. Semenjak itu, Alhamdulillah kami semakin rapat dan bertolenrasi dalam melakukan kerja-kerja rumah. 

Satu aset yang begitu amat bernilai yang dimiliki oleh rakan sebilik aku ini ialah mempunyai tahap IQ yang tinggi (senang citer die memang pandai). Majoriti soalan yang diajukan kepadanya dapat dijawab dengan begitu mudah sekali. Alhamdulillah Allah memberikan seseorang untuk membantu aku disini. Dalam masa yang sama, rakan-rakan aku yang lain juga berada disampingku untuk mengajar dan membantu aku. Segala puji untuk Allah.

Bagi mereka yang telah mendalami sikap aku ini, mereka pasti tahu akan sikap aku yang suka ‘menlawyer’ buruk. Kesimpulan cerita Shukrilah merupakan insan yang terpaksa melayan karenah aku yang tak habis- habis ini. Hehe. Sori shuk!!. Memikirkan aset yang hilang ini membuatkan aku termenung sejenak memikirkan siapalah yang akan masuk menggantikan tempat Shukri di dalam bilik ni. Namun lebih merunsingkan aku apabila  hilangnya seorang hamba ALLah yang pasti akan hadir mengajak aku mengimarahkan surau di kawasan perumahan ara damansara ini tatkala azan berkumandang bergema memuji ALLah pencipta umat manusia. Ini bermakna aku harus menjadi lebih teliti kerana lokasi apartment aku yang agak terkebelakang membuatkan agak susah untuk mendengar laungan azan yang begitu asyik mengajak manusia tunduk menyembah ALLah  pencipta sekalian alam ini. InsyaALLah aku akan berusaha untuk mengatasi masalah ini kerana suka atau tidak suka aku harus mengharunginya juga. (Je doakan aku bole bangkit p surau sndri ek!!!)

Berkawan biar seribu bermusuh biar satu. Aku boleh dikatakan agak rapat dengan rakan-rakan satu batch dengan aku ni. So apa yang pasti, walaupun kami masih boleh berjumpa di tempat belajar namun perasaan itu pastinya berbeza jika kami tinggal di satu perumahan yang sama. Adush, nok buat lagumano, nok tak tok still kene tepuh jugok, betul dok??? Saba jo la deh. Nok wat guano.

Mungkin perasaan rindu akan celoteh mereka dalam memeriahkan acara di setiap pergerakan masa hanyalah seketika namun pastinya kenangan tersebut pabila diimbas memberikan kesan yang mendalam tatkala berseorang ditemani kebosanan. itulah norma kehidupan!!! Tapi apa yang penting ialah kami saling mendoakan akan kejayaan bukan sahaja didunia bahkan diakhirat kelak kerana kehidupan yang kekal abadan abada itu adalah kehidupan akhirat kelak. Semoga kami dapat saling menasihati dalam menjalani kehidupan seharian kerana manusia itu begitu mudah melakukan kesalahan yang tampak ringan namun tanpa sedar itulah benih-benih dosa yang tanpa sedar turut mengalir dalam neraca timbangan kita di hari penentuan samada syurga atau neraka bakal kita ditempatkan. Wallahu’alam.
Sekian.. wassalam..

Friday, January 7, 2011

mY L!Fe aS fUture enGinEeR

       Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Apa yang ingin aku coretkan kali ini mengenai kehidupan aku as a student di Malaysia Airlines Engineering Training Centre (METC). Setiap tmpat pastinya melakarkan pengalaman yang berbeza dimana aktor yg dmainkan di setiap tmpt itu juga berbeza. Disini aku berasa seronok untuk berjuang bersama rakan-rakan. Mereka saling membntu dan saling  mnjga antra satu sama lain. Biasalah, andai ditakdirkan umurku pnjg, situasi kerja aku nnti melibatkan kerja as a team. Kalau omputeh sebut as teamwork la.hehe

      Hari pertama aku sampai sebenarnya tidaklah sepertimana yg aku impikan(sbnrnya aku da tau camne situasi kat sini bub abg aku pown blaja kat tmpt yg sma). Andai boleh aku bezakan, rasa teruja untuk memulakan pmbelajaran d mtrik itu lebih tggi. Manaxnya memg cita-cita dari sekolah menengah nak jd dr. Konon-kononnya nak jd geneticist la. Manusia itu hebat dalam merancang tapi sayangnya mereka sering terlupa pd ALLah yg Maha Berkuasa. Walau macam mana sekalipun, aku tetap kena blaja all da engineerg lessons dan aku harus mula menanam rasa minat itu dalam diri ini dari hari ke hari no mtter it is by hook or by crook n aLLhamduLiLLah kejuruteraan itu semakin sebati dengan jiwa aku.

     Bersama-sama dengan rakan-rakan membuatkan aku berasa seronok sekali untuk menuntut ilmu disini. Kali ini rakan-rakan aku dtg dri klate, ganu, jhor, melaka, negri smbilan, perak, n pahg. Masing-masing mempunyai gelagat dan celoteh yg menarik dan tersendiri. Yang paling penting kali ni ada 3 orang trainees yg kacuk cina + melayu yg satu batch dgan aku. Pada awalnya aku agak tertnya- tnye knp muka dorang2 tuh macam muka org cina.Setelah dirisik dan d kaji, rupa2nya memg berdarah kacukan. Kalau korg nak tahu batch aku ade 51 org n dpcahkan kpd 3 org prempuan n 48 org lelaki. Then batch aku ni d pechkan lgi kpd dua iaitu 22 org trainees as engineers n blnce 29 org tuh as technicians.

    Satu tabiat bruk aku yg cuba aku nak buang menjdi kebiasaan kat sini. Aku tak tahu knp tp aku memg suka cubit org. nta la knp. kpd yg kene cubit tuh d hrp bersabar n aku nak minx maaf ngan korg ek. hehe
Tergolg dlam glngan 22 org tuh, aku semakin hari semkin seronok mlyan karenah mereka. Satu bnda yg memg aku x dptkan nafikan ialah kawan2 aku kat ini agak 'open' dalam berbicra. [p/s : aku jugk kadg2 tergelincir dlam berbcara. astaghfirullahal'azim.] Kadang2 manusia perlu berubh mgikut keadaan tp aku rsa mengapa kita perlu berubah kpd sesuatu yg bukan diri kita just because of our friends. The thing is just be yourself. don't let others cntrol you but let iman n islam lead your way. Itu yg lebih berhrga. Kawal diri dalam berbicara n tidk mudh untuk mngluarkan kata-kata yg kita lihat sebgai perkra biasa namun hakikatnya itu adalah benih-benih dosa yang kita semai dalam kehidupan seharian. Lihatlah bgaimana tipu daya syaitan yg menutup mata kita hingga melihat sesuatu perkara yg berdosa itu sbgai perkra biasa yg tidk mndtgkan dosa dan memberikan keseronakkan. Apalah yg hendak di bandingkan dengan keseronakkan dunia yg hnya semntra dengan keseronakkan d akhirat kelak yg kekal abadi. Persoalan ini dtg dri kita sndri. So tepuk dada tnya iman.

    Back to the main topic just now, aku skrg da sebati dengan dunia kejuruteraan. Sesuatu tmpt yg berlainan itu pastinya menawarkan dugaan yg berbeza. Laut mana yg x berombak, bumi mana yang tidak di timpa hujan. Apa yang penting cara kita mengatasinya hruslah berlndaskan iman dan islam. Buat masa sekarg aku da berjya untuk lulus dlm ujian utntuk modul-modul yg berbza n thanz  to all my friends yg byk mmbntu aku wlaupon hakikat snbr ilmu itu dtg dari ALLah yg Maha Bijaksana dan mereka hnyalah medium untuk d smpaikan ilmu itu kpd aku.

     Setakat ini dulu celoteh dri aku yg kuat membebel ni [kawan aku yg selalu ckap] . Aku amat berharap aku dpt berubh coz aku suke kenet sorg dua member aku ni.hehe. Niat dihati mgkin untuk bergurau mgkin agak terlmpau (memg terlmpau) dalam mlaksankannya.huhu. Pepown marilah kita berubah kearah kebaikkan kerana insan yg paling rugi itu adalah mereka yg hari ini lebih buruk dri semlam. Wallahu'alam.
sekian. Wassalam

Saturday, January 1, 2011

TANGISAN RASULULLAH MENGGONCANG ARASY

Kisah ni aku mbik kat pesbuk. sgt menrik untuk kite sume bace. Smga kite sme2 dpt iktibar dr kisah ini..

     Dikisahkan, bahwasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah,beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu Ialu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.

     Orang itu Ialu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, karena aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.” Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?” “Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. “Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w.

     Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada juragannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita." Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.
      Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?” Rasulullah bertanya kepadanya. "Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya," jawab orang itu. "Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!" Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.

      Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahwa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, mendengar berita tersebut. la Ialu menangis karena tidak berdaya menahan keharuan dirinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...