Friday, March 8, 2013
Pengajaran dalam Pengalaman
Assalamualaikum.. Pejam celik pejam celik, tahun ni aku
sudah setahun lagi meningkat dewasa. Umur yang hanyalah tampak seperti angka
biasa sebenarnya banyak membawa pengisian kepada aku.
Alhamdulillah, tahun ini aku masih diberi kesempatan untuk
menikmati nikmat dunia yang pastinya akan senantiasa mencuba untuk
membelakangkan nikmat akhirat, tujuan asal hidupnya manusia dimuka bumi ini.
Dalam aku mengenal erti kehidupan, tidak aku nafikan aku juga pernah
beberapakali tersungkur jatuh dek perihnya dugaan dunia. Mereka mungkin mampu
berkata-kata namun sayang itu semua hanyalah omongan kosong.. aku yang
merasainya, sudah pasti aku lebih mengerti. Berat mata memandang, berat lagi
bahu memikul.
Kalah dan mengalah adalah dua perkara yang selalu bermain
difikiranku. Cabaran yang pastinya mampu untuk manusia menghadapinya seringkali
aku anggap sesuatu yang akan menjatuhkan aku, yang bakal melukakan aku. "Apa
guna hidup kalau tiada cabaran bro!!" yes you r right.. those challenges
had make me who i am.. i'm might seem to be happy go lucky but deep in my
heart, there is something that i wish i could share it with someone but i
can't!! until one day i realize that Allah is always here with me, in my heart..
always be with me, to help me and of course to guide me with His guidance and
blessing..
Sedarlah wahai sahabatku, saudaraku, kita mungkin tampak
berbeza tapi kita sama sebenarnya. Apa yang membezakan kita adalah keikhlasan
dalam melakukan sesuatu perkara. Adakah niat kita kerana untuk bekalan akhirat
atau tuntutan hati yang tidak mengenal bahaya. wallahu'alam.
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a.
katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang
halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya
pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya )
yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari
pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan
kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir
masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah
tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu.
Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu
adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu
seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia
rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment