Nampaknya sampai sini jela yg mampu aku update buat kali ni. Sebelum aku mengundur diri, aku nak kongsikan sesuatu untuk kalian.
Wednesday, March 20, 2013
Tawakal
Assalamu'alaikum.
Disebabkan
aku dah berazam nak rajinkan diri sikit mengupdate blog ni, so hari ni adalah
dua tiga perkara yang aku nak kongsi. Actually this past few weeks aku banyak bermain dengan emosi. Berdebar,
gembira, sumua ada.
Alhamdulillah
percubaan kali kedua aku ambik ielts equivalent test membuahkan hasil yg amat
menggembirakan aku. Sebenarnya tempat aku belajar ni mewajibkan kami semua
untuk lepas english assessment sebelum layak digelar seorang engineer. Walaupun
kerja aku nanti nak membaiki bukannya mengajar, tapi dah peraturan telah
ditetapkan so terpaksa la kami semua ikut jugak. Sebenarnya takut jugak aku
kalau x lepas, almaklumlah kita ni lidah makan budu dengan sambal belacan, nak
speaking pon segan.. hehe.. Tapi walaubagaimanapun siapa yang mampu menduga
takdir ketentuan Allah. Alhamdulillah, itu saja yang mampu aku ucapkan..
Last week
aku ade exam Turbine Aeroplane Aerodynamics, Airframes and Structures. Kat sini
memang semua orang tahu ni la subject/module yang paling payah. Buktinya
senior2 aku pon ramai yang sangkut. Memang tak dinafikanlah memang module ni
aku pon berdebar lain macam. Module setebal hampir 3000 muka surat ni mengambil
tempoh pembelajaran selama 9 bulan. Cukup lama yang mana aku pon hampir terlupa
apa yang aku belajar dulu. Usaha sudah, exam pon sudah so sekarang ni aku hanya
mampu tawakal.. semoga aku berjaya dengan markah lulus 75%. Kalau kat sekolah
dulu, dah boleh dapat A2 dah.hehe. Dikesempatan ini aku mohon kat korang semoga
mendoakan kejayaan aku dan classmate aku yang lain.
Nampaknya sampai sini jela yg mampu aku update buat kali ni. Sebelum aku mengundur diri, aku nak kongsikan sesuatu untuk kalian.
Daripada
Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata: "Aku pernah duduk
di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:
“Wahai
anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah
nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati
Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila
engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah
bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu,
mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang
memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk
memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu
memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah
tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah
kering (dakwatnya)."
(Riwayat
Ahmad no. 2669, al-Tirmizi no. 2516 dan al-Hakim no. 6302)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment