"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Followers

Sunday, January 16, 2011

aKu Bukan d!A!!



assalamualaikum..

               Entry aku kali ni aku nak cerita tentang diri aku yang selalu dibanding-bandingkan dengan orang lain. Ala busuk-busuk mesti la parents korang akan bandingkan diri korang dengan adik beradik or maybe dengan sedara-mara kita. Bagi aku susah la nak dengar kalau diri dia tuh tak dibandingkan dengan orang yang lebih hebat.

             Dari kecil sampai besar memang aku selalu dibandingkan dengan satu-satunya abang yang aku ada. Setiap perkara yang dilakukan itu kalau boleh hendak dibandingkan jugak dengan abang aku yang sorang tuh. Kadang-kadang rasa meluat jugak kalau selalu sangat dibandingkan. Hakikat yang harus diterima ialah aku tetap aku dan abang aku tuh adalah abang aku. Disebabkan aku belajar di tempat yang sama dengan abang aku, so ada la sesetengah orang tuh suka sangat nak membandingkan prestasi aku dengan abang aku. ish.. serabut perut betul kalau ramai orang mcam ni.. hehe

              Memang dia sebagai anak lelaki sulong dalam keluarga aku harus memberi contoh yang terbaik tapi ini tidak bermakna aku tidak melakukan yang terbaik untuk keluarga aku. Memang aku tak nafikan abang aku mempunyai IQ yang tinggi. Dia bijak dan pandai dalam melakukan setiap hal. Namun kenyataan yang harus diutarakan ialah tidak bermakna abang aku bijak bermakna aku juga harus bijak seperti dia. Setiap manusia itu dicipta berbeza-beza. Bukankah ALLah sendiri telah menghilightkan ayat ini di dalam kitab suci Al-Quran??

            Tipu jika aku katakan aku tidak cemburu akan kelebihan yang dimiliki olehnya tetapi aku tetap berusaha untuk  menjadi yang terbaik dalam setiap langkah perjalanan hidup aku. Yang penting aku dah berusaha and bertawakal kepada ALLah Yg Esa. Apa yang terjadi seterusnya adalah milik ALLah untuk menentukannya. Namun sebenarnya apa yang membuatkan aku bersemangat untuk belajar bukanlah disebabkan oleh perbandingan yang selalu dikaitkan dengan abang aku tuh.


NIK NORAINI BINTI NIK DAUD. 

             Insan ini begitu banyak membantu dan menyokong aku dalam setiap perkara yang ingin lakukan. Apa yang aku tahu hingga ke sekecil-kecil perkara aku akan meminta pandangan dari kakak aku yang sorang ini. Ialah dia sebagai anak sulong banyak berkorban dalam keluarga kami. Dia adalah contoh yang terbaik untuk diriku. Pengorbanan yang dilakukan itu terlalu besar untuk disampaikan dengan kata-kata. Semoga kakakku ini teguh dan tabah dalam mengharungi kehidupan sehariannya.

              Walaubagaimanapun, satu kenyataan yang setiap anak tidak dapat untuk menidakkannya ialah pengorbanan parents untuk kita semua. Bayangkan mereka menjaga dan membesarkan kita sejak dari kecil sehingga dewasa. Pengorbanan mereka yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata itu adalah benih semangat kecil yang kini hidup subur dalam jiwa aku. Apa yang aku telah tanamkan sejak dari kecil ialah aku nak jadi anak yang soleh kerana itu adalah impian semua ibu bapa. Bayangkan antara amalan yang diterima oleh ALLah selepas mati ialah doa anak yang soleh. Betapa celakanya mereka yang hidup didunia ini tapi tidak mampu untuk berbakti kepada ibu bapanya sendiri bukan sahaja untuk alam dunia bahkan untuk alam kubur dan alam akhirat kelak. Subhanallah !!! Semoga kita tidak termasuk dalam golongann ini.amin......

            Namun yang pastinya hakikat Nabi Muhammad s.a.w. adalah role model yang terbaik tidak akan dapat disangkal oleh setiap manusia pun. NAbi yang diutuskan kepada umat manusia untuk membawa kita kearah kebenaran tidak wajar kita lupakan walaupun sedetik dalam hidup kita.Bayangkan saat ketika menempuh sakitnya sakaratul maut, nabi junjungan ummah ini masih memikirkan akan umatnya sehingga saggup menanggung rasa sakit tersebut untuk kita semua umat baginda. Betapa besarnya pengorbanan baginda kepada kita. Sedangkan kita masih lalai dalam mengingati perjuangan baginda. Apa salahnya jika diniatkan di dalam hati belajar kerana ISLAM. Kita hendak berjaya untuk agama kita juga juga ISlam. Bukankah ini satu amalan yang mulia ??? ~renung-renungkan dan selamat beramal~
wallahu'alam
sekian,. wassalam..

4 comments:

  1. harus diingat adik syg oiii...anak2 pun ramai yg membandingkan parents mereka..cth nya..mama aku tak bagi ooo buat macam tu..tapi mama kau ok jer rilex jer..abah aku kalau tahu aku isap rokok mau dia kerat lidah aku..tapi aku tgk abah kau tak kisah pun...gitulah adanya...

    ReplyDelete
  2. hehe..btol 2 btol.. rkan2 sy pown byk yg bersikap mcam tuh..hehe

    ReplyDelete
  3. just be urself no matter what happened.kita tak dapat puaskan hati sume orang kan?huhu.tapi compare meng'compare ni memang lumrah kot.haha.

    ReplyDelete
  4. percaya atau tak.. kekuatan seorang bergantung kepada pemikiran ia terhadap sesuatu perkara..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...