"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Followers

Tuesday, January 25, 2011

~Futsal~


Assalamualaikum…
       Tempat aku blaja sekarang mewajibkan para trainees untuk melakukan aktiviti kokurikulum pada setiap hari sabtu minggu-minggu tertentu[mggu ke2 n ke4]. Nak dijadikan cerita, pada sabtu minggu lepas, yakni pada 22 Januari 2011 aku n da geng diberi peluang untuk menyertai pertandingan futsal bersama batch-batch lain.



       Bertempat di Samba De Futsal, Petaling Jaya, seawal jam 8.30 pagi [awal la sgt..hehe] batch aku da roll call di apartment n bertolak ke lokasi pertandingan. Apa yang penting jarak perjalanan tidaklah sejauh mana and menyebabkan aku tidak kebosanan berada di dalam bas sepanjang perjalanan. Sebenarnya setiap pasukan dikehendaki membayar RM8.00 per team and batch aku telah menghantar dua pasukan yakni pasukan TAME (engineer) and TJT (technician).

         Seperti biasa, aku akan menjadi penonton yang setia disebabkan kurangnya minat aku untuk bersukan [p/s: adik2 jgn ikut perangai budak ni]. Disebabkan ‘allergic’ aku dalam bersukan, bermakna tidak ada la gambar beraksi di gelanggang pertandingan. Tapi apa yang penting aku tetap  menyokong pasukan batch aku.

        Menang dan kalah adat setiap permainan, namun kejuaraan bukanlah apa yang kami kejarkan. [dah kalah memang la ayat macam ni.huhu]. Apa yang penting setiap orang berseronok sepanjang tempoh berada di sana. Disebabkan aku tidak boleh menukilkan pengalaman aku sebagai seorang pemain, apa yang aku mampu lakukan adalah berkongsi detik-detik berharga tersebut dengan gambar-gambar kat bawah ni.. enjoy urself…

izart sedang beraksi


penuh debaran menunggu giliran


bergambar sebagai kenangan


antara instructor yg memeriahkan acara 

antara pemain yang beraksi

menunggu pihak lawan menjaringkan gol

smile ^^


berjuang untuk pasukan

menyibuk seketika


menghilangkan tekanan sebentar

ni action je lebih..hehe

 wat pe tu bob ???

pengurus yang terlebih mengurus... :)

nak jadi model ke nak main futsal ni???kompius koi

penuh semangat!!!

bergambar seketika sebelum balik





4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...