"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Followers

Friday, January 14, 2011

SEKALI TAPI TIDAK BERSAMA


…...Assalamualaikum untuk semua….
Tanpa sedar dah enam bulan kami bersama-sama dalam mengharungi kehidupan seharian as a student di Ara Damansara ini. Namun suatu hari nanti sesuatu bakal terjadi yang membuatkan kami sekali namun tidak bersama. Huh…

Tajuk entry ini menceritakan tentang kawan-kawan aku dari Yayasan Terengganu (YT) yang bakal menjejakkan kaki keluar dari penginapan, pengakutan dan makanan yang telah disediakan. Tidak lama selepas itu trainees dari Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan mengikuti jejak langkah rakan-rakan YT. Huh nak buet camno an, adat la hidup ini setiap pertemuan itu pasti akan disusuri dengan perpisahan. (over pulak ayat aku ni, macam la lepas ni  da x jumpe kat METC.. hehe).

Dimulakan  cerita kami mula berkenalan pada awal bulan Ogos 2010. Perkenalan yang dituai dengan kegembiraan dan kejujuran akhirnya membuahkan ukhuwah yang tidak dapat diganti dan dibeli dengan wang ringgit. Dari hari pertama hingga sekarang boleh dikatakan kami tetap bersama dalam melakukan aktiviti seharian. Sebenarnya aku dalam diam amat bersetuju dengan langkah yang diambil oleh YT dan YPJ. Mereka begitu bersemangat untuk mendapatkan sesuatu yang merupakan hak mereka sendiri. Aku tidak salahkan Felda kerana tidak mampu mengambil keputusan seterusnya mengimplimentasikan langkah yang praktis buat masa sekarang namun aku tetap berdoa suatu hari nanti nasib kami trainees under Felda akan terbela.

“adik tolong terangkan apa yang abang terangkan tadi kepada roommate adik ni ek??”
“Baiklah bang”

Inilah dialog pertama yang menemukan aku dengan roommate satu dalam seribu yang bernama Muhammad Shukri bin Mohd Nor. Buat pengetahuan pembaca sekalian, bilik dimana aku tinggal sekarang hanya mampu memuatkan hanya dua orang trainees. Walaupun bilik agak kecil tapi at least tidak la crowded sangat dengan manusia. Kembali ke asal cerita, selepas aku menerangkan apa yang patut dilakukan kepada shukri, kami pergi berkenalan dengan housemate kami yang lain. Semenjak itu, Alhamdulillah kami semakin rapat dan bertolenrasi dalam melakukan kerja-kerja rumah. 

Satu aset yang begitu amat bernilai yang dimiliki oleh rakan sebilik aku ini ialah mempunyai tahap IQ yang tinggi (senang citer die memang pandai). Majoriti soalan yang diajukan kepadanya dapat dijawab dengan begitu mudah sekali. Alhamdulillah Allah memberikan seseorang untuk membantu aku disini. Dalam masa yang sama, rakan-rakan aku yang lain juga berada disampingku untuk mengajar dan membantu aku. Segala puji untuk Allah.

Bagi mereka yang telah mendalami sikap aku ini, mereka pasti tahu akan sikap aku yang suka ‘menlawyer’ buruk. Kesimpulan cerita Shukrilah merupakan insan yang terpaksa melayan karenah aku yang tak habis- habis ini. Hehe. Sori shuk!!. Memikirkan aset yang hilang ini membuatkan aku termenung sejenak memikirkan siapalah yang akan masuk menggantikan tempat Shukri di dalam bilik ni. Namun lebih merunsingkan aku apabila  hilangnya seorang hamba ALLah yang pasti akan hadir mengajak aku mengimarahkan surau di kawasan perumahan ara damansara ini tatkala azan berkumandang bergema memuji ALLah pencipta umat manusia. Ini bermakna aku harus menjadi lebih teliti kerana lokasi apartment aku yang agak terkebelakang membuatkan agak susah untuk mendengar laungan azan yang begitu asyik mengajak manusia tunduk menyembah ALLah  pencipta sekalian alam ini. InsyaALLah aku akan berusaha untuk mengatasi masalah ini kerana suka atau tidak suka aku harus mengharunginya juga. (Je doakan aku bole bangkit p surau sndri ek!!!)

Berkawan biar seribu bermusuh biar satu. Aku boleh dikatakan agak rapat dengan rakan-rakan satu batch dengan aku ni. So apa yang pasti, walaupun kami masih boleh berjumpa di tempat belajar namun perasaan itu pastinya berbeza jika kami tinggal di satu perumahan yang sama. Adush, nok buat lagumano, nok tak tok still kene tepuh jugok, betul dok??? Saba jo la deh. Nok wat guano.

Mungkin perasaan rindu akan celoteh mereka dalam memeriahkan acara di setiap pergerakan masa hanyalah seketika namun pastinya kenangan tersebut pabila diimbas memberikan kesan yang mendalam tatkala berseorang ditemani kebosanan. itulah norma kehidupan!!! Tapi apa yang penting ialah kami saling mendoakan akan kejayaan bukan sahaja didunia bahkan diakhirat kelak kerana kehidupan yang kekal abadan abada itu adalah kehidupan akhirat kelak. Semoga kami dapat saling menasihati dalam menjalani kehidupan seharian kerana manusia itu begitu mudah melakukan kesalahan yang tampak ringan namun tanpa sedar itulah benih-benih dosa yang tanpa sedar turut mengalir dalam neraca timbangan kita di hari penentuan samada syurga atau neraka bakal kita ditempatkan. Wallahu’alam.
Sekian.. wassalam..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...