"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Followers

Friday, June 10, 2011

ketika hati membiarkan jiwa sengsara



           Hati dan jiwa. Ramai yang mengatakan dua element ini adalah sesuatu yang berbeda padahal pada pandangan aku hati dan jiwa itu saling berkaitan je.. cuba bayangkan ketika jiwa kita begitu marah atau kecewa, hati kita akan turut terasa akibatnya.. orang kata mcam cubit paha kanan paha kiri yang terasa sakit la….

           Kadang-kadang dalam membuat keputusan itu kita akan terus menerima apa yg diingini oleh jiwa sedangkan hati kita tidak merelakannya.aku pernah terbaca dlam satu buku yg ditulis camni “ dalam membuat keputusan itu ikutlah kata hati kerana hati tidak pernah menipu tuannya…” Namun lebih parah kalau ada orang yang membuat keputusan itu berlandaskan tuntutan nafsu..haish jgan…

           Dalam permasalahan hati pula ( cinta ) byk jiwa yang sengsara dengan perhubungan cinta yg tidak ketersampaian.. almaklumlah bebudak sekarg kalau boleh nak tukar pasangan macam tukar baju.. haish haru biru sungguh.. tapi pada aku kenapa korang nak bercinta sedangkan byk lagi komitmen yang korang kene laksanakan.. eg nak blaja, nak tunaikan tggungjawab kat family, kat agama terutamanya dll.. nnti kalau da tiba masanya untuk bercinta bru la bole nak sibuk bercinta…cinta yg manis adalah cinta selepas perkahwinan..ok just imagine u guys da share sume2nye sebelum brkhwin n pas kawin nnti xke da jd kurg pengisiannya???.. wallahu’alam..

          Ada juga berlaku seseorang itu berasa kecewa sebab x dpt ape yg diingini. Mereka mengharapkan apa sahaja yg terlintas di fikiran mereka itu menjadi reality.. bukan fantasi.. come on la, be rasional, kite harus berfikir berlandaskan logiknya akal.. kadang-kadang cuba la melawan keinginan yg ntah apa-apa tuh..bia la jiwa korang sengsara sekejap dri sengsara buat selama-lamanya…bile nasik da jd bubur bru la nak brasa nyesal dengan tindakan dulu…

          Konklusinya disini sebenarnya kita harus menggubah hati dan jiwa kita tuh berteraskan mukjizat agung nabi junjungan kita, nabi Muhammad s.a.w  ;kitab suci Al-Quran.. kenapa la nak sibuk-sibuk bengang dan kecewa dengan permainan atas dunia ni. Korang berasa kecewa tuh korang tahu betapa gumbiranya hati makhluk ciptaan ALLAH yang dijanjikan neraka itu??...

           Akhir kata korang sebenarnya kene terima kekurangan dan kelebihan bukan sahaja diri korang bahkan diri orang lain jugak…kita hidup serumpun kena la betol caranya. Jgnlah berbuat sesuatu itu mengikuti kehendak sendiri sahaja..bile apa yang kita nak xdpt mula lah hati dan jiwa terpaksa menari mengikut rentak kebodohan kita sendiri….marilah kita bersama-sama berubah kepada sesuatu yang lebig baik dr sehari ke sehari krna org pling celaka adalah mereka yang semalam itu lebiyh baik dari hari-hari yang mendatang..wallahu’alam.. ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...