"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Followers

Monday, June 20, 2011

luahan hati bisikan bicara

Ayah dan ibu, ini anakmu yang berdosa, selalu meninggikan suara, selalu meminta sesuatu yang memberatkan dirimu, selalu melakukan sesuatu yang menyakitkan hatimu.. sesungguhnya anakmu ini wajar untuk dihukum.. hukumlah dengan doa penuh restu kerana reda ALLah itu terletak pada redamu wahai ayah dan ibu…..

Kakaku, anak sulung memberikan pengajaran yang nilainya tidak ternilai dengan harta dunia. Adikmu ini sesungguhnya begitu terharu dengan dirimu yang telah lama bersusah payah namun rela berpayah lagi untuk keluargamu….

Angah, anak lelaki pertama dalam keluarga, kau menjadi tunjang harapan untuk merubah keluarga. Kaulah yang terlebih dahulu akan membela nasib keluarga. Teruskan usahamu wahai abangku..
Dah, kau jagalah hubungan kekeluargaanmu itu dengan kasih dan saying. Kau jagalah penerus bangsamu itu dengan sepenuh hati. Jagalah dirimu berlandaskan perintah orang yang berhak ke atas dirimu. Tabahlah mengharungi dugaan ALLah….

Chah, kau anak perempuan, jagalah peradabanmu. Cubalah untuk menjadi matang. Ayah dan ibu telah banyak bersusah payah untuk kita. Ingatlah kita bukanya berasal dari keluarga berada dan kitalah yang harus mengubahnya… jasa ayah dan ibu itu sesungguhnya wajar untuk dibalas..
Hazriq, kau anak bongsu, kau masih kecil dan kau masih belum sepenuhnya mengenali dunia. Teruskan reality kehidupan harian, ambillah peluang untuk belajar. Jadikanlah abang dan kakakmu itu Sebagai contoh pedoman…

Ya ALLah, sesungguhnya aku hambamu yang sentiasa bergelumang dengan dosa.. aku cuba untuk menjauhi laranganMU dengan mendekati suruhanMu tp ada kalanya aku tersungkur. tabahkan hati hambaMu ini dan janganlah Kau membiarkan aku berasa letih untuk berusaha menuju jalan redhaMu..


Saturday, June 11, 2011

Benum hill resort




Tak sumua pernah dengar nama ni tapi for those yg pernah kene PLKN kat area raub, mesti dorang akan teringat kat Kem PLKN Benum Hill Resort. Kem ni terletak nun jauh di dalam kebun dan yang pada masa yang same terletak kat atas bukit@gunung....@,~... (penin jap)..

Dimulakan cerita waktu first time yang aku tau aku ‘berjaya’ menjadi salah seorang pelatih plkn, waktu tuh hati aku memg ‘gumbira’ yang teramat. Bayangkanlah dalam byk geng2 aku kat sekolah dulu aku sorang je yang kene..uit mane aci camni.. walaupun dalam keadaan x suke, sejujurnya masa dah dekat ngan tarikh dftr plkn, aku brase agak berdebar n bercampur dengan xcted.. aku igt lagi before naik bus, aku peluk mak n ayah aku n waktu tuh ase sedeyh pulak.. almaklumlah dari kecil sampai besar x pernah berpisah dengan family…hehe

Seminggu yang pertama berada kat sane aku rase cam dalam penjara(aku x pernah masuk penjra). Yang membezakannya ialah lau dalam penjara sangkar die kecik n kem aku ni pulak sangkar die besar..Minggu yang pertama tuh la minggu yang paling ntah ape2 yang pernah aku rasa. Memang bosan giler. Tapi aku igt lagi waktu nak pilih katil(xde katil sebnrnye, aku terpakse usung barg2 aku naik turun tgga), masuk je dalam dorm aku tgok bebudak klantan tengah berborak.. haish.. pekat giler.. mujurla aku ade darah klate, so bole la paham ape yang dorang ngah cakap..hehe

Dalam masa yang sama dekat sini jugak aku blaja nak cakap Pahang.(temerloh) walaupun aku membesarkan di Pahang, tapi aku x pernah tahu pun mcam mana nak bertutur dalam loghat Pahang. Since kem aku ni camput budak-budak dri Pahang ngan Kelantan, so byk la bnde baru yang aku blaja. hah dalam mase yang sama jugak aku turut blaja bertutur dalam bahasa cina ngan bahasa tamil.. walaupun x byk tp bole la sikit2..hehe

Sebenarnya aku just dapat timba pengalaman kat situ just sebulan je, bub aku dapat pnggilan mtrik.. excited gak ar waktu tuh bub bole lari dari kem tp sedeyh jugak sebab kene berpisah ngan member2 yang bru jumpe. Bayangkan waktu aku sakit(demam je padahal), kawan2 aku ni sanggup teman aku p MEDIC(tempat org skit) walaupun malam tuh wktu rehat untuk dorang. Lepas aku kene ambik darah, dorang teman pulak kat katil aku. Ade yang urut kepala, urut kaki n urut tangan. Waktu tuh aku rasa bersyukur sangat bub ALLah pertemukan aku dengan manusia yang berhati mulia.

Pagi-pagi aku wajib bangun awal sebab kene g physical training (PT pagi). Tapi ape yang aku kesal kat kem aku ni dieorang x beratkan soal solat. Kalau logic akal aku ngan geng2 aku smayang kat surau tuh pas masuk  waktu n seusai solat da ramai da ade kat padang. Ade satu ketika orang x azan lagi tapi dah ada satu kompeni ni da berkumpul nak bergerak p padang untuk pt pagi.. x ke tuh tandenya sume x solat??? Haish xptut2… tapi ape yang bestnye since geng2 aku slalu bangun awal nak p solat kat surau, kami slalu la kenat dorm2 yang asyik sangat tido smpai x bgun2.  Yang menjadi tukang mendajjal aku la. Aku ketuk pintu kuat2, wat suara garau then cakap dalam nada marah “korang semua ni nak bangun pukul brape hah??? Pkul 12 tengah hari nanti!!! bangun bangun!!!!”.. pastu lari ramai-ramai…tahu takut… tp dalam hati aku just fikir kalau aku x wat cmtu nnti dorang x bangun n x pasal2 satu kompeni kene hukum..


apa yang menariknya dalam masa satu bulan aku berjay turunkan berat aku 5kg..hehe.atleast ade la kebaikkan untuk diri aku... ok la Kalau aku nak ceritakan pengalaman kat situ memang korg x larat nak baca punyer. So nak senangkan citer, aku nak tunjuk la gamba2 aku kat plkn dulu.. let those pictures tell da stories….^^….enjoy..

makan malam. yang pkai spec tuh prangai memang mcam YB.. YB syahir


makan tengah hari. mostly lauk sedap n aku pon membesau..hehe


hah kalau malam kat blakg aku tuh nampakla bndar berchaya...lawa


ni bergambar sesuka ngan membe2..hehe. kawasan larangan ni..


aku kompeni charlie n dengan bangganya nak gtau bndera kuning tuh menag bendera tercantik...


sebelum nak blik dorm.. bosan menunggu aktiviti malam yang ntah apa2


pakai half celoreng.. mase ni nak p ceramah untuk masuk utan.. tp since aku blik dulu so x smpat la nak masuk...

aku da x igt da pe name aktiviti ni tp memg best.. uji kretiviti + ketahanan diri..



bergambar kat tepi tasik...


3 serangkai.... weyh windu kat korg...hehe


bersama dengan bar charlie...

Friday, June 10, 2011

Pernah suatu hari

Pernah suatu hari,
aku mengharapkan sesuatu yang mustahil untuk berlaku,
Cuba untuk melawan arus takdir,
Cuba menolak hukum yang menjadi penghalang,
Mengharapkan impian bertunaskan nafsu itu menjadi kenyataan….

Pernah suatu hari,
Aku mengabaikan kewajipanku,
Membayangkan perbuatanku itu bukanlah satu dosa,
Membangkang suara hati yang cuba menghalang,
Namun kalah dek tuntutan palsu….

Pernah suatu hari,
Aku membelakangkan maruahku,
Cuba melakukan sesuatu yang baru,
dalam diam membenarkan tuntutan jiwa,
namun akhirnya dibelakangkan oleh jiwa hati yang bernyawa…

namun hari ini,
aku cuba untuk berdiri,
meratapi dosa semalam,
melakukan perubahan,
berjalan berlandaskan tuntutan  agama,
tetapi malangnya,
aku hanyalah insan biasa, yang amalnya ternyata palsu,
namun gigih berusaha, merubah palsu menjadi asli…..

ketika hati membiarkan jiwa sengsara



           Hati dan jiwa. Ramai yang mengatakan dua element ini adalah sesuatu yang berbeda padahal pada pandangan aku hati dan jiwa itu saling berkaitan je.. cuba bayangkan ketika jiwa kita begitu marah atau kecewa, hati kita akan turut terasa akibatnya.. orang kata mcam cubit paha kanan paha kiri yang terasa sakit la….

           Kadang-kadang dalam membuat keputusan itu kita akan terus menerima apa yg diingini oleh jiwa sedangkan hati kita tidak merelakannya.aku pernah terbaca dlam satu buku yg ditulis camni “ dalam membuat keputusan itu ikutlah kata hati kerana hati tidak pernah menipu tuannya…” Namun lebih parah kalau ada orang yang membuat keputusan itu berlandaskan tuntutan nafsu..haish jgan…

           Dalam permasalahan hati pula ( cinta ) byk jiwa yang sengsara dengan perhubungan cinta yg tidak ketersampaian.. almaklumlah bebudak sekarg kalau boleh nak tukar pasangan macam tukar baju.. haish haru biru sungguh.. tapi pada aku kenapa korang nak bercinta sedangkan byk lagi komitmen yang korang kene laksanakan.. eg nak blaja, nak tunaikan tggungjawab kat family, kat agama terutamanya dll.. nnti kalau da tiba masanya untuk bercinta bru la bole nak sibuk bercinta…cinta yg manis adalah cinta selepas perkahwinan..ok just imagine u guys da share sume2nye sebelum brkhwin n pas kawin nnti xke da jd kurg pengisiannya???.. wallahu’alam..

          Ada juga berlaku seseorang itu berasa kecewa sebab x dpt ape yg diingini. Mereka mengharapkan apa sahaja yg terlintas di fikiran mereka itu menjadi reality.. bukan fantasi.. come on la, be rasional, kite harus berfikir berlandaskan logiknya akal.. kadang-kadang cuba la melawan keinginan yg ntah apa-apa tuh..bia la jiwa korang sengsara sekejap dri sengsara buat selama-lamanya…bile nasik da jd bubur bru la nak brasa nyesal dengan tindakan dulu…

          Konklusinya disini sebenarnya kita harus menggubah hati dan jiwa kita tuh berteraskan mukjizat agung nabi junjungan kita, nabi Muhammad s.a.w  ;kitab suci Al-Quran.. kenapa la nak sibuk-sibuk bengang dan kecewa dengan permainan atas dunia ni. Korang berasa kecewa tuh korang tahu betapa gumbiranya hati makhluk ciptaan ALLAH yang dijanjikan neraka itu??...

           Akhir kata korang sebenarnya kene terima kekurangan dan kelebihan bukan sahaja diri korang bahkan diri orang lain jugak…kita hidup serumpun kena la betol caranya. Jgnlah berbuat sesuatu itu mengikuti kehendak sendiri sahaja..bile apa yang kita nak xdpt mula lah hati dan jiwa terpaksa menari mengikut rentak kebodohan kita sendiri….marilah kita bersama-sama berubah kepada sesuatu yang lebig baik dr sehari ke sehari krna org pling celaka adalah mereka yang semalam itu lebiyh baik dari hari-hari yang mendatang..wallahu’alam.. ^^

Saturday, January 29, 2011

28 JANUARI 2011



Assalamualaikum......

Mesti korang akan tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi pada 28 jan 2011. Oklah kalau hendak dipendekkan cerita esok housemate aku yakni bebudak Yayasan Terengganu akan berpindah ke apartment baru termasuklah roommate aku yang baik hati tuh..hehe

Disebabkan dorang nak pindah, so terpaksala diadakan rombakan apartment balik dan bebudak yang malang terpaksa pindah apartment di blog hadapan. Alhamdulillah rumah aku x kene pindah n kami stay kat rumah kami. Huh mujur x pndah, lau kene pindah memg lelah nak kene angkut barang-barang yang byk tuh.huhu

Selain itu, atas sebab yang sama jugak akan diadakan inspection umah bub pihak admin nak pastikan orang yang pindah tuh tinggalkan umah dalam keadaan sebagaimana masa mereka mula-mula masuk dulu. Seawal pukul 8.o0a.m. kami da kene roll call kat bawah before bole start bersihkan umah. X banyak benda yang boleh dikongsikan tentang apartment cleaning kat umah aku ni. [aku ditugaskan basuh bilik air and aku memg x prasan aku mghabiskan hmpir dua jam mase aku kat bilik air menyental segala kekotoran yang ade..hehehe] Korang just tengok je la gambar2 kat bawah ni.


master bed room 


bilik aku..baru lepas mop lantai.


bilik 2 selepas dibersihkan

dapur rumah 


penuh giler barang kat sinki



ngah tgok2 pizza yg nak diorder



Lepas cuci rumah kami satu rumah decide nak wat cam farewell party la. So tengah hari tuh kumpul sorang sepuluh ringgit n campur ngan duit rumah untuk dijadikan modal untuk beli pizza and wat cocktail. Petang tuh, aku ngan housemate aku apis pegi la giant nak beli bahan nak wat cocktail walaupun sebenarnya bahan2 tuh bole beli kat kedai bawah je..huhu.. 

Acara sepatutnya start pukul 8.o0p.m. tapi mamat delivery tut lambat sampai. Memang gelabah la muka mamat tuh masa kami mbik bgkusan pizza kami. Tapi itu bukan perkara yang aku nak cerite. The main point is kami satu rumah memang seronok makan sampai x abis. Huhu.. tu la beli banyak sangat. Korang just tengok je la gambar kat bawah ini saat-saat kami menikmati hidangan tersebut..



baru lepas sampai...



cocktail




yummy yummy




menunggu apis yang x kuar2 dri bilik air




sempat lagi main game !!!




say cheese !!!




sedapnye..



x abis ke ni???hehe



amir makan dengan perasaan..huhu



hot delivery, just call 1-300-88-2525



pesanan penaja : do the right thing ^^







Tuesday, January 25, 2011

~Futsal~


Assalamualaikum…
       Tempat aku blaja sekarang mewajibkan para trainees untuk melakukan aktiviti kokurikulum pada setiap hari sabtu minggu-minggu tertentu[mggu ke2 n ke4]. Nak dijadikan cerita, pada sabtu minggu lepas, yakni pada 22 Januari 2011 aku n da geng diberi peluang untuk menyertai pertandingan futsal bersama batch-batch lain.



       Bertempat di Samba De Futsal, Petaling Jaya, seawal jam 8.30 pagi [awal la sgt..hehe] batch aku da roll call di apartment n bertolak ke lokasi pertandingan. Apa yang penting jarak perjalanan tidaklah sejauh mana and menyebabkan aku tidak kebosanan berada di dalam bas sepanjang perjalanan. Sebenarnya setiap pasukan dikehendaki membayar RM8.00 per team and batch aku telah menghantar dua pasukan yakni pasukan TAME (engineer) and TJT (technician).

         Seperti biasa, aku akan menjadi penonton yang setia disebabkan kurangnya minat aku untuk bersukan [p/s: adik2 jgn ikut perangai budak ni]. Disebabkan ‘allergic’ aku dalam bersukan, bermakna tidak ada la gambar beraksi di gelanggang pertandingan. Tapi apa yang penting aku tetap  menyokong pasukan batch aku.

        Menang dan kalah adat setiap permainan, namun kejuaraan bukanlah apa yang kami kejarkan. [dah kalah memang la ayat macam ni.huhu]. Apa yang penting setiap orang berseronok sepanjang tempoh berada di sana. Disebabkan aku tidak boleh menukilkan pengalaman aku sebagai seorang pemain, apa yang aku mampu lakukan adalah berkongsi detik-detik berharga tersebut dengan gambar-gambar kat bawah ni.. enjoy urself…

izart sedang beraksi


penuh debaran menunggu giliran


bergambar sebagai kenangan


antara instructor yg memeriahkan acara 

antara pemain yang beraksi

menunggu pihak lawan menjaringkan gol

smile ^^


berjuang untuk pasukan

menyibuk seketika


menghilangkan tekanan sebentar

ni action je lebih..hehe

 wat pe tu bob ???

pengurus yang terlebih mengurus... :)

nak jadi model ke nak main futsal ni???kompius koi

penuh semangat!!!

bergambar seketika sebelum balik





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...