"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Followers

Friday, June 10, 2011

Pernah suatu hari

Pernah suatu hari,
aku mengharapkan sesuatu yang mustahil untuk berlaku,
Cuba untuk melawan arus takdir,
Cuba menolak hukum yang menjadi penghalang,
Mengharapkan impian bertunaskan nafsu itu menjadi kenyataan….

Pernah suatu hari,
Aku mengabaikan kewajipanku,
Membayangkan perbuatanku itu bukanlah satu dosa,
Membangkang suara hati yang cuba menghalang,
Namun kalah dek tuntutan palsu….

Pernah suatu hari,
Aku membelakangkan maruahku,
Cuba melakukan sesuatu yang baru,
dalam diam membenarkan tuntutan jiwa,
namun akhirnya dibelakangkan oleh jiwa hati yang bernyawa…

namun hari ini,
aku cuba untuk berdiri,
meratapi dosa semalam,
melakukan perubahan,
berjalan berlandaskan tuntutan  agama,
tetapi malangnya,
aku hanyalah insan biasa, yang amalnya ternyata palsu,
namun gigih berusaha, merubah palsu menjadi asli…..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...