Wednesday, July 27, 2011
pEnyeRi kehiDupan..
Hujung tahun ni kelas aku akan dibahagikan kepada dua yakni mereka yang bakal meneruskan pembelajaran samada dalam avionic atau mechanical.. aku harap sangat aku akan dapat mechanical. Dulu memang terasa nak ambik avionic tapi as time passing by, minat mechanical tuh makin meninggi..(doa2kan aku).. entry aku kali ni aku nak ceritakanlah sedikit sebanyak tentang classmate aku. Honestly sonok boleh kawan dengan dorang. Macam-macam karenah bole aku jumpe.. hehehe
Ok dalam entry dulu2 penah aku gtau tp aku nak rephrase balik yang class aku sebenarnya ade 22 orang termasuklah aku skali..so let start da story mori..aku start dulu dengan roommate-roommate aku dulu.. orang yang pertama ialah SHuKRI… dia merupakan salah sorang trainee under yayasan Terengganu(YT). Aku jadi roommate die agak lama and dari pemerhatian aku die seorang yang teratur. Semuanya just in order plus die seorang yang pandai. Kalau study ngan dia, bila tanye je, insyaALLah sume soalan yang kita Tanya die bole jawab..
Roommate aku seterusnya ialah IKHWAN @ lulu. Hah lulu ni x pernah nak lekat dalam bilik.. keje die menghilangkan diri..haha.. lulu ni sebenarnya baik hati cume kadang2 tenggelam dengan perangai die sendiri. Kalau SOHIBUL AL-AMIN @ lili plak, die ni sebenarnya banyak mulut jugak orangya Cuma kebiasanya die lebih selesa untuk senyap. Dalam kelas hj. Z(bukan nama sbnr) aku ase muka dialah paling susah nak tido.
FAKHRUL NA’IM pulak apa yang aku Nampak die ni memang hantu tido. Hobinya tido, kalau boleh setiap mase nak tido. Waktu awal2 kenal dengan die aku ase die ni seorang yang berkarisma. Ape yang aku kagum ngan die ialah die seorang yang penyabar.. teramat penyabar.. aku slalu kenat die tapi die cool je..
hehe(sebesalah pulak aku) . next,apa yang boleh aku describe about putera jawa @ HANIS ialah die seorang yang rajin and pembersih. Masuk bilik die mesti bersih. Hah yang paling best kalau die tengok maharaja lawak (bukan judul sebenar), kene kasi microfon satu kat die.. biar sume orang tahu apa yang die tengok tuh memang lawak.
nun dari sabah, AZREEN a.k.a bah merupakan adik2 kpd classmate aku(die paling muda). Kebiasaannya kalau aku cakap ngan die mesti die nak menang(nnti mummy I sue you)..hehe tapi dalam masa yang sama budak ni slalu mbik berat tentang kawan2 die. Mungkin orang x brape prasan tp aku yang selalu melepak dengan die, memang tuhla yang aku pasan..p/s : die hantu korea.. kalau SYAHMI pulak kalau die cakap pasti ade yang terasa and this is a fact!!!..hehe.. tapi mostly apa yang dia cakap akan menginsafkan diri kita sebab die suka muhasabah bukan setakat diri diri je bahkan orang lain skali....
ALIF @ abe merupakan housemate aku. Mamat klate ni sebenarnya seorang yang lawak. Kejer die nak meloyer buruk..hehe. pernah kawan aku yang mkan nasik tersedak mendengar kepoweran loyer buruk die..haha. kalau HAFISD ni plak merupakan kembau kepada alif. Alif n hafisd mesti bersama. Kat situ ade apis, kat situlah jugak korang jumpe abe. Loyar buruk apis ni takde tolak bandingnye dengan abe. Yang penting kehadiran mereka menceriakan hidup kami di sini..hehehe
Classmate aku yg seterusnya ialah HARIS @ achai.. satu kelebihan mamat kacuk cina ni die memang terror kelentong. Apa yang bestnye mostly ape yang die kelentong kene.. dah bakat semulajadi kot.hehe. kalau ADAM pulak kite kene bezekan penggunaan member ngan kawan. Kalau ikut tips achai n dpersetujui oleh semua, bile adam cakap nak kuar ngan member, bermaksud die nak kuar ngan bebudak pompuan, kalau nak kuar ngan kawan plak bermksud die nak kuar ngan bebudak laki..
Bile sebut je tentang RAJA ZHARIF, sume orang tahu die suka ajuk orang lain. Pantang ada benda baru, mesti ada je yang nak d ajuk. Tapi kalau keluarkan ilmu2 agama mase die blaja kat smka sheikh abd malik dulu, mesti ramai yang akan terdiam. FATAH @ fataphydia pulak, sememangnye mamat serba tahu. Kalau dlam kelas syukri pon xle jawab, then akan datg fatah untuk membntu. Fatah ilmu die memang banyak. Almaklumlah dah hobby pon membaca..
Mamat yang kononye sweet talker(jgn marah!!!..hehe) ialah AIZAD. Dulu waktu serumah ngan mamat ni, aku selalu kacau die tido..hehe. tapi ape yang best abang yang sorang ni sebenarnye baek hati. Die selalu kot belanja aku.. hehe. Thanz aizad.. FAID AIMAN merupakan salah seorang favourite student haji Z (bukan nama sebnar). Keje yang sorang ni melwak. Kat sume tempat die nak melawak. X kisah la dengan istructor ke, ngan member2 sendiri ke kalau bole die nak menceriakan semua orang.
FAIZAL @ zuko merupakan orang yang happy go lucky.. bagi mamat ni apa yang penting hidup die bahagia. Kalau nak melayan kerenah semua memang x bole la. Hah tapi apa yang best bile die bertemu IKMALOFTI HAZAMY, secara automatik due2 orang ni nak menyakat satu sama lain. Bob suka berperangai mcam budak..lawak bile tgk reaction die. sebenarnya bob ni seorang yang caring. die slalu kot mbik berat tntg kawan2 die... thanz bob....
Sorang yg amat terkenal ngan muke bebudak dalam kelas aku x lain x bukan ialah IDHAM.. jauh dri perak, mamat ni suke gelak….hehe..hah mamt ni selalu ajak aku tman die tgk movie(padahal aku yg ajak..hehe) so ptg n malam aku x la bosan sangat kalau tak study… ALADIN pulak antara org pertma aku kenal sebelum masuk blaja kat sini.. aku jumpe die masa wat medical check up dulu.. x sgka plak skarg kami hidup berjiran…hehe.. tips nak bercakap ngan aladin ialah kami kene berckap mggunakan nada yg lebih kuat.. almaklumlah dulu mase kat rmc ds bese kene jerit.. so effect die smpai sekarang la..hehe
Sorang lagi budak yg suke tido dalam kelas ialah ZAIMMUDDIN.. ade satu ketike tuh instructor aku kate die ade penyakit… haish kesian btol mamat ni… sebenarnya zaim ni baik kot..die slalu blnje aku n kawan2.. hah plus ilmu agama die yg dalam.. die antra tmpt aku bertnya kalau ada permasalah dlm hidup aku… last but not least, IZAT HELMI jugk antra classmate aku. Die sebnrnye seorg yg pndai… English die pon best. Dulu mase duduk serumah slalu kot layan movie dengan die… n die jugak byk bntu aku blnje kat sini… slalunye die bole tergnkan ape yg instructor aja dlm bntuk yg lbik mudah.. so senang la nak paham….
Ni la je la yg dpt aku kongsi dalam entri kali ni. Apapon aku nak ucapkan terima kasih kat semua kawan-kawan aku sebab selalu membantu dan menceriakan hidup aku.. Semoga kita semua mampu bersama-sama berusaha menuju kejayaan bukan sahaja kejayaan di dunioa bahkan di akhirat kelak...aminn.. ^,~
Friday, July 1, 2011
Keinginanmu di alam fantasi..apakah!!!
Entry kali ni aku nak berkisarkan tentang keinginan seseorang yg bergelar manusia. Dalam penggunaan kata yang berbeza, keinginan membawa sama maksud dengan kehendak yakni bukan satu keperluan. Keperluan dan kehendak adalah dua benda yang berbeza.. keperluan adalah sesuatu perkara basic yang memeng diperlukan untuk hidup, contohnya makanan, minuman, pakaian(tutup aurat) dan sebagainya. Kalau kehendak ni pulak penambahan kepada keperluan tuh. For example, makanan yang mahal, minuman yang sedap, pakainan yang berwarna-wrni@attractive dan yang sewaktu dengannya..
Ada orang yang meletakkan keinginan dan harapan itu terlalu tinggi sehingga sukar untuk dicapai.. ada juga yang sengaja merendahkan keinginan dan harapan mereka kerana dengan itu mereka mudah untuk mencapainya. Personally aku rasa tindakan merehdahkan tuh relevant sebab mungkin pada zahirnya ada yang beranggapan golongan ini adalah mereka yang malas untuk berusaha padahal dengan merendahkan keinginan kita akan membuatkan kita berasa mudah untuk bersyukur. Selalunya pabila seseorang itu meninggikan keinginan dan harapan mereka adalah mereka yang jenis tidak sedar diri dengan kemampuan mereka. Golongan yang tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberikan oleh ALLah sehingga berasakan mereka berhak untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Wallahu’alam..
Sebenarnya tanpa kita sedari banyak dalam kalangan kita yang tertewas dengan kehendak yang mengusai jiwa. Ramai yang sanggup melakukan macam-macam hal just untuk merasakan nikmat sementara kehendak tuh. Adakah nikmat sementara itu wajar dikorbankan dengan keperluan yang menjadi tunjang kehidupan??? Haish of course la kan. Termamatlah berbaloi pengorbanan tuh. Banyak benda yang boleh kita buat kalau kita tidak menurut kehendak kita. (berdasarkan pemerhatian sekeliling aku)…yg ni korg kene renungkan n insyaALLah korg akan menemukan kebenarannya.
Ada juga dalam hidupnya keinginan yang diimpikan itu berlandaskan kehendak sendiri dengan mengenepikan apa yang sebenarnya telah dijelaskan dalam kitab suci umat Islam ; Al-Quran. Try bce terjemahan kat bawah ni.
Firman Allah:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]
Hah tengok dalam AL-Quran pon ah ade dijelaskan tentang pasangan kita ni. Tapi majority drpd kita selalu berangan ingin isteri yang baek hati, isteri yang menerima baik buruk kita, pasangan yang alim dll tp sedangkan kita langsung tidak berusaha untuk berubah menjadi apa yang diingini oleh bakal pasangan kita. Lebih pelik ada yang menginginkan bakal pasangannya seperti artis sekian sekian la, cantik(zahir), dan mcam2 lagi la..ade ke patut unsur agamanya langsung tidak diletakkan dalam criteria pemilihan pasangan. Konkusinya angan-angan kekal dialam fantasi la….
Monday, June 20, 2011
luahan hati bisikan bicara
Ayah dan ibu, ini anakmu yang berdosa, selalu meninggikan suara, selalu meminta sesuatu yang memberatkan dirimu, selalu melakukan sesuatu yang menyakitkan hatimu.. sesungguhnya anakmu ini wajar untuk dihukum.. hukumlah dengan doa penuh restu kerana reda ALLah itu terletak pada redamu wahai ayah dan ibu…..
Kakaku, anak sulung memberikan pengajaran yang nilainya tidak ternilai dengan harta dunia. Adikmu ini sesungguhnya begitu terharu dengan dirimu yang telah lama bersusah payah namun rela berpayah lagi untuk keluargamu….
Angah, anak lelaki pertama dalam keluarga, kau menjadi tunjang harapan untuk merubah keluarga. Kaulah yang terlebih dahulu akan membela nasib keluarga. Teruskan usahamu wahai abangku..
Dah, kau jagalah hubungan kekeluargaanmu itu dengan kasih dan saying. Kau jagalah penerus bangsamu itu dengan sepenuh hati. Jagalah dirimu berlandaskan perintah orang yang berhak ke atas dirimu. Tabahlah mengharungi dugaan ALLah….
Chah, kau anak perempuan, jagalah peradabanmu. Cubalah untuk menjadi matang. Ayah dan ibu telah banyak bersusah payah untuk kita. Ingatlah kita bukanya berasal dari keluarga berada dan kitalah yang harus mengubahnya… jasa ayah dan ibu itu sesungguhnya wajar untuk dibalas..
Hazriq, kau anak bongsu, kau masih kecil dan kau masih belum sepenuhnya mengenali dunia. Teruskan reality kehidupan harian, ambillah peluang untuk belajar. Jadikanlah abang dan kakakmu itu Sebagai contoh pedoman…
Ya ALLah, sesungguhnya aku hambamu yang sentiasa bergelumang dengan dosa.. aku cuba untuk menjauhi laranganMU dengan mendekati suruhanMu tp ada kalanya aku tersungkur. tabahkan hati hambaMu ini dan janganlah Kau membiarkan aku berasa letih untuk berusaha menuju jalan redhaMu..
Saturday, June 11, 2011
Benum hill resort
Tak sumua pernah dengar nama ni tapi for those yg pernah kene PLKN kat area raub, mesti dorang akan teringat kat Kem PLKN Benum Hill Resort. Kem ni terletak nun jauh di dalam kebun dan yang pada masa yang same terletak kat atas bukit@gunung....@,~... (penin jap)..
Dimulakan cerita waktu first time yang aku tau aku ‘berjaya’ menjadi salah seorang pelatih plkn, waktu tuh hati aku memg ‘gumbira’ yang teramat. Bayangkanlah dalam byk geng2 aku kat sekolah dulu aku sorang je yang kene..uit mane aci camni.. walaupun dalam keadaan x suke, sejujurnya masa dah dekat ngan tarikh dftr plkn, aku brase agak berdebar n bercampur dengan xcted.. aku igt lagi before naik bus, aku peluk mak n ayah aku n waktu tuh ase sedeyh pulak.. almaklumlah dari kecil sampai besar x pernah berpisah dengan family…hehe
Seminggu yang pertama berada kat sane aku rase cam dalam penjara(aku x pernah masuk penjra). Yang membezakannya ialah lau dalam penjara sangkar die kecik n kem aku ni pulak sangkar die besar..Minggu yang pertama tuh la minggu yang paling ntah ape2 yang pernah aku rasa. Memang bosan giler. Tapi aku igt lagi waktu nak pilih katil(xde katil sebnrnye, aku terpakse usung barg2 aku naik turun tgga), masuk je dalam dorm aku tgok bebudak klantan tengah berborak.. haish.. pekat giler.. mujurla aku ade darah klate, so bole la paham ape yang dorang ngah cakap..hehe
Dalam masa yang sama dekat sini jugak aku blaja nak cakap Pahang.(temerloh) walaupun aku membesarkan di Pahang, tapi aku x pernah tahu pun mcam mana nak bertutur dalam loghat Pahang. Since kem aku ni camput budak-budak dri Pahang ngan Kelantan, so byk la bnde baru yang aku blaja. hah dalam mase yang sama jugak aku turut blaja bertutur dalam bahasa cina ngan bahasa tamil.. walaupun x byk tp bole la sikit2..hehe
Sebenarnya aku just dapat timba pengalaman kat situ just sebulan je, bub aku dapat pnggilan mtrik.. excited gak ar waktu tuh bub bole lari dari kem tp sedeyh jugak sebab kene berpisah ngan member2 yang bru jumpe. Bayangkan waktu aku sakit(demam je padahal), kawan2 aku ni sanggup teman aku p MEDIC(tempat org skit) walaupun malam tuh wktu rehat untuk dorang. Lepas aku kene ambik darah, dorang teman pulak kat katil aku. Ade yang urut kepala, urut kaki n urut tangan. Waktu tuh aku rasa bersyukur sangat bub ALLah pertemukan aku dengan manusia yang berhati mulia.
Pagi-pagi aku wajib bangun awal sebab kene g physical training (PT pagi). Tapi ape yang aku kesal kat kem aku ni dieorang x beratkan soal solat. Kalau logic akal aku ngan geng2 aku smayang kat surau tuh pas masuk waktu n seusai solat da ramai da ade kat padang. Ade satu ketika orang x azan lagi tapi dah ada satu kompeni ni da berkumpul nak bergerak p padang untuk pt pagi.. x ke tuh tandenya sume x solat??? Haish xptut2… tapi ape yang bestnye since geng2 aku slalu bangun awal nak p solat kat surau, kami slalu la kenat dorm2 yang asyik sangat tido smpai x bgun2. Yang menjadi tukang mendajjal aku la. Aku ketuk pintu kuat2, wat suara garau then cakap dalam nada marah “korang semua ni nak bangun pukul brape hah??? Pkul 12 tengah hari nanti!!! bangun bangun!!!!”.. pastu lari ramai-ramai…tahu takut… tp dalam hati aku just fikir kalau aku x wat cmtu nnti dorang x bangun n x pasal2 satu kompeni kene hukum..
apa yang menariknya dalam masa satu bulan aku berjay turunkan berat aku 5kg..hehe.atleast ade la kebaikkan untuk diri aku... ok la Kalau aku nak ceritakan pengalaman kat situ memang korg x larat nak baca punyer. So nak senangkan citer, aku nak tunjuk la gamba2 aku kat plkn dulu.. let those pictures tell da stories….^^….enjoy..
![]() |
| makan malam. yang pkai spec tuh prangai memang mcam YB.. YB syahir |
![]() |
| makan tengah hari. mostly lauk sedap n aku pon membesau..hehe |
![]() |
| hah kalau malam kat blakg aku tuh nampakla bndar berchaya...lawa |
![]() |
| ni bergambar sesuka ngan membe2..hehe. kawasan larangan ni.. |
![]() |
| aku kompeni charlie n dengan bangganya nak gtau bndera kuning tuh menag bendera tercantik... |
![]() |
| sebelum nak blik dorm.. bosan menunggu aktiviti malam yang ntah apa2 |
![]() |
| pakai half celoreng.. mase ni nak p ceramah untuk masuk utan.. tp since aku blik dulu so x smpat la nak masuk... |
| aku da x igt da pe name aktiviti ni tp memg best.. uji kretiviti + ketahanan diri.. |
![]() |
| bergambar kat tepi tasik... |
![]() |
| 3 serangkai.... weyh windu kat korg...hehe |
![]() |
| bersama dengan bar charlie... |
Friday, June 10, 2011
Pernah suatu hari
Pernah suatu hari,
aku mengharapkan sesuatu yang mustahil untuk berlaku,
Cuba untuk melawan arus takdir,
Cuba menolak hukum yang menjadi penghalang,
Mengharapkan impian bertunaskan nafsu itu menjadi kenyataan….
Pernah suatu hari,
Aku mengabaikan kewajipanku,
Membayangkan perbuatanku itu bukanlah satu dosa,
Membangkang suara hati yang cuba menghalang,
Namun kalah dek tuntutan palsu….
Pernah suatu hari,
Aku membelakangkan maruahku,
Cuba melakukan sesuatu yang baru,
dalam diam membenarkan tuntutan jiwa,
namun akhirnya dibelakangkan oleh jiwa hati yang bernyawa…
namun hari ini,
aku cuba untuk berdiri,
meratapi dosa semalam,
melakukan perubahan,
berjalan berlandaskan tuntutan agama,
tetapi malangnya,
aku hanyalah insan biasa, yang amalnya ternyata palsu,
namun gigih berusaha, merubah palsu menjadi asli…..
ketika hati membiarkan jiwa sengsara
Hati dan jiwa. Ramai yang mengatakan dua element ini adalah sesuatu yang berbeda padahal pada pandangan aku hati dan jiwa itu saling berkaitan je.. cuba bayangkan ketika jiwa kita begitu marah atau kecewa, hati kita akan turut terasa akibatnya.. orang kata mcam cubit paha kanan paha kiri yang terasa sakit la….
Kadang-kadang dalam membuat keputusan itu kita akan terus menerima apa yg diingini oleh jiwa sedangkan hati kita tidak merelakannya.aku pernah terbaca dlam satu buku yg ditulis camni “ dalam membuat keputusan itu ikutlah kata hati kerana hati tidak pernah menipu tuannya…” Namun lebih parah kalau ada orang yang membuat keputusan itu berlandaskan tuntutan nafsu..haish jgan…
Dalam permasalahan hati pula ( cinta ) byk jiwa yang sengsara dengan perhubungan cinta yg tidak ketersampaian.. almaklumlah bebudak sekarg kalau boleh nak tukar pasangan macam tukar baju.. haish haru biru sungguh.. tapi pada aku kenapa korang nak bercinta sedangkan byk lagi komitmen yang korang kene laksanakan.. eg nak blaja, nak tunaikan tggungjawab kat family, kat agama terutamanya dll.. nnti kalau da tiba masanya untuk bercinta bru la bole nak sibuk bercinta…cinta yg manis adalah cinta selepas perkahwinan..ok just imagine u guys da share sume2nye sebelum brkhwin n pas kawin nnti xke da jd kurg pengisiannya???.. wallahu’alam..
Ada juga berlaku seseorang itu berasa kecewa sebab x dpt ape yg diingini. Mereka mengharapkan apa sahaja yg terlintas di fikiran mereka itu menjadi reality.. bukan fantasi.. come on la, be rasional, kite harus berfikir berlandaskan logiknya akal.. kadang-kadang cuba la melawan keinginan yg ntah apa-apa tuh..bia la jiwa korang sengsara sekejap dri sengsara buat selama-lamanya…bile nasik da jd bubur bru la nak brasa nyesal dengan tindakan dulu…
Konklusinya disini sebenarnya kita harus menggubah hati dan jiwa kita tuh berteraskan mukjizat agung nabi junjungan kita, nabi Muhammad s.a.w ;kitab suci Al-Quran.. kenapa la nak sibuk-sibuk bengang dan kecewa dengan permainan atas dunia ni. Korang berasa kecewa tuh korang tahu betapa gumbiranya hati makhluk ciptaan ALLAH yang dijanjikan neraka itu??...
Akhir kata korang sebenarnya kene terima kekurangan dan kelebihan bukan sahaja diri korang bahkan diri orang lain jugak…kita hidup serumpun kena la betol caranya. Jgnlah berbuat sesuatu itu mengikuti kehendak sendiri sahaja..bile apa yang kita nak xdpt mula lah hati dan jiwa terpaksa menari mengikut rentak kebodohan kita sendiri….marilah kita bersama-sama berubah kepada sesuatu yang lebig baik dr sehari ke sehari krna org pling celaka adalah mereka yang semalam itu lebiyh baik dari hari-hari yang mendatang..wallahu’alam.. ^^
Saturday, January 29, 2011
28 JANUARI 2011
Assalamualaikum......
Mesti korang akan tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi pada 28 jan 2011. Oklah kalau hendak dipendekkan cerita esok housemate aku yakni bebudak Yayasan Terengganu akan berpindah ke apartment baru termasuklah roommate aku yang baik hati tuh..hehe
Disebabkan dorang nak pindah, so terpaksala diadakan rombakan apartment balik dan bebudak yang malang terpaksa pindah apartment di blog hadapan. Alhamdulillah rumah aku x kene pindah n kami stay kat rumah kami. Huh mujur x pndah, lau kene pindah memg lelah nak kene angkut barang-barang yang byk tuh.huhu
Selain itu, atas sebab yang sama jugak akan diadakan inspection umah bub pihak admin nak pastikan orang yang pindah tuh tinggalkan umah dalam keadaan sebagaimana masa mereka mula-mula masuk dulu. Seawal pukul 8.o0a.m. kami da kene roll call kat bawah before bole start bersihkan umah. X banyak benda yang boleh dikongsikan tentang apartment cleaning kat umah aku ni. [aku ditugaskan basuh bilik air and aku memg x prasan aku mghabiskan hmpir dua jam mase aku kat bilik air menyental segala kekotoran yang ade..hehehe] Korang just tengok je la gambar2 kat bawah ni.
![]() |
| master bed room |
![]() |
| bilik aku..baru lepas mop lantai. |
![]() |
| bilik 2 selepas dibersihkan |
![]() |
| dapur rumah |
![]() |
| penuh giler barang kat sinki |
![]() |
| ngah tgok2 pizza yg nak diorder |
Lepas cuci rumah kami satu rumah decide nak wat cam farewell party la. So tengah hari tuh kumpul sorang sepuluh ringgit n campur ngan duit rumah untuk dijadikan modal untuk beli pizza and wat cocktail. Petang tuh, aku ngan housemate aku apis pegi la giant nak beli bahan nak wat cocktail walaupun sebenarnya bahan2 tuh bole beli kat kedai bawah je..huhu..
Acara sepatutnya start pukul 8.o0p.m. tapi mamat delivery tut lambat sampai. Memang gelabah la muka mamat tuh masa kami mbik bgkusan pizza kami. Tapi itu bukan perkara yang aku nak cerite. The main point is kami satu rumah memang seronok makan sampai x abis. Huhu.. tu la beli banyak sangat. Korang just tengok je la gambar kat bawah ini saat-saat kami menikmati hidangan tersebut..
| baru lepas sampai... |
| cocktail |
| yummy yummy |
| menunggu apis yang x kuar2 dri bilik air |
| sempat lagi main game !!! |
![]() |
| say cheese !!! |
| sedapnye.. |
| x abis ke ni???hehe |
| amir makan dengan perasaan..huhu |
| hot delivery, just call 1-300-88-2525 |
| pesanan penaja : do the right thing ^^ |
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































